Monday, 22 October 2012

Video merentas laut

video
video
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Gambar dan rakaman video ini dipaparkan supaya dapat semua berkongsi mengenai kehidupan di Pulau Pemanggil. Adakalanya laut dalam keadaan teduh dan adakalanya angin kencang. Bot pula terpulang, sebab hidup kita diperantauan ini biasanya menumpang, kalau terdesak sekali sekala kenalah sewa bot. Saiz bot pula, jangan cerita lah dari bot kecil hingga ke bot pukat besar. Perjalanan dari jeti Mersing mengambil masa 4 jam lebih bergantung pada keadaan cuaca. Jaraknya pula adalah 65 KM dari Jeti Mersing ke Pulau Pemanggil. Inilah serba sedikit mengenainya, kalau ada yang berhajat datang bercuti di sini silakan.Kedatangan anda amat dialu- alukan, keunikan air kelapa segar dari ladang juga dapat disajikan.

4 comments: