Tuesday, 20 November 2012

`PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES` (PLC)



1.0  PENGENALAN


1.1    LATAR BELAKANG PROGRAM `PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES` (PLC)

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan mempunyai empat sub bidang yang diberi tumpuan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pra Sekolah, Literasi dan Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru (New Deals) kepada Pengetua/Guru Besar.

Untuk meningkatkan prestasi sekolah melalui peningkatan kualiti sekolah secara menyeluruh, semua sekolah telah diberikan kedudukan melalui proses penyenaraian dan diberikan ranking. Sejumlah sekolah dalam kategori berprestasi rendah telah diberikan sokongan dan dorongan untuk menambahbaikkan aspek kekurangan. Guru dan pemimpin sekolah diberikan latihan peningkatan profesionalisme oleh bahagian tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia, seperti Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Institut Aminudin Baki (IAB).

Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju. 


2.0   MATLAMAT
       
Modul ini dapat membantu ketua-ketua panitia serta guru-guru kepada nilai tambah untuk meningkatkan prestasi panitia dan seterusnya meningkatkan      pencapaian sekolah, serta merealisasikan kualiti guru yang cemerlang.
      


3.0     OBJEKTIF KURSUS PLC

3.1     Menarik penyertaan menyeluruh stake holder dan warga pendidik untuk  menjayakan NKRA.
3.2     Menzahirkan komitmen KPM menjayakan NKRA melalui perancangan dan tindakan khusus secara menyeluruh yang bersepadu.
3.3     Meningkatkan kualiti dan amalan pembelajaran dan pengajaran guru.
3.4     Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama dalam kalangan guru.
3.5     Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
3.6     Membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang pakar untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus mata pelajaran yang lain – coaching partnership
3.7     Mengindoktrinkan pemikiran pengurus mata pelajaran bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.
3.8     Mempopularkan dan membudaya PLC sebagai strategi pelaksanaan kursus dalam perkhidmatan peningkatan profesionalisme guru-guru di Malaysia


4.0    OBJEKTIF MODUL

4.1   Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana kursus.
4.2   Mewujudkan keselarasan dalam melaksanakan kursus di sekolah masing-  
masing.
4.3    setiap tajuk kursus disediakan dengan aktiviti hands-on untuk memudahkan peserta kursus menjalankan in-house training di sekolah selepas kursus nanti. 

5.0   SOALAN-SOALAN LAZIM


5.1    APAKAH PLC?

PLC ialah singkatan kepada program profesional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )



Penswastaan Amalan (De-Privatization of Practice)


Belajar Secara Berjalan (Learning Walks)
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran  guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik. 

Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
(Peer Coaching/
Instructional Coaches)
Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran  pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle).

Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian 
(Lesson Study)
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.

Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.


          

























5.2    BAGAIMANA PEMANTAUAN PLC DIJALANKAN?

Pemantauan dan Bimbingan pelaksanaan aktiviti PLC akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh pegawai PPD masing-masing dengan pelbagai pendekatan termasuk secara “outsite in” dan “insite out”. Semua dapatan aktiviti akan dilaporkan kepada ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri untuk makluman dan tindakan lanjut






KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`
KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

1.0  Topik : PEER COACHING
2.0  OBJEKTIF:
Pada akhir sesi, peserta dapat:
1.     Memahami tiga proses (pre-conference, observation dan post-conference ) dalam  ‘Model Lesson’.
2.    Mengenalpasti peranan ‘coach’ dalam melaksanakan ‘Model Lesson’.

Masa
Kandungan
Strategi
Bahan
8.30 –9.30 pagi
  • Konsep Peer Coaching
  • Video
  • Refleksi
Video
PC1: Nota video
  • Protokol ‘Model Lesson’
  • Mini syarahan
  • Demonstrasi
Slaid PP
PC2:  Protokol
·         Kesimpulan slot
  • Ticket to leave
PC3:  Ticket to leave
9.30 –10.00 pagi
·         Case study
·         Aktiviti individu dan kumpulan kecil
PC2:  Protokol
·         Kesimpulan slot
·         Place mat
PC4:  Place mat
10.00 - 10.30 pagi
·         Contoh P&P ringkas
·         Video pedagogi

Kesimpulan slot
Final Countdown
PC5:  Final Countdown





KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`
KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

1.0  Topik : LESSON STUDY
2.0  OBJEKTIF:
Pada akhir sesi peserta dapat :

1.    Memahami kerangka konsep dan proses Lesson Study

2.    Merancang dan melaksanakan satu kitaran Lesson Study

3.    Membuat refleksi amalan Lesson Study sebagai satu strategi PLC di sekolah.

3.0  Kandungan kursus
·         Pengenalan  Lesson Study
·         Latar belakang Lesson Study
·         Perkembangan Lesson Study
·         Kitaran dan Proses Lesson Study
·         Manfaat/Faedah Lesson Study

·         Ciri-ciri LS sebagai satu strategi PLC
1.        Budaya Kolaborasi
2.        Amalan Reflektif
3.        Inkuiri berterusan terhadap pengajaran 
4.        Pembangunan Profesional
5.        Sokongan dan tanggungjawab bersama
6.        Hubungan Rapat 
7.        Perkembangan profesional kendiri
·         Pengoperasian Bengkel LS
1.        Perbincangan gol Lesson Study
2.        Penyediaan Rancangan Mengajar
3.        Pelaksanaan Pengajaran di sekolah
4.        Refleksi pengajaran dalam Lesson Study
5.        Fokus terhadap pembelajaran pelajar

·         Strategi Pelaksanaan LS

1.    Using Discussion Protocols
2.    Study Groups
3.    Peer Coaching
4.    Lesson Study
5.    Teacher Sharing Sessions
6.    Data Analysis

4.0  Kaedah Penyampaian
·         Mini Lecture
·         Video Lesson Study
·         Bengkel Perbincangan
·         Demonstrasi Pengajaran
·         Refleksi


5.0  Rujukan

Baba, T. (2007). Japanese Education and Lesson Study: An Overview. In M. Isoda, M. Stephens, Y. Ohara & T. Miyakawa (Eds.), Japanese Lesson Study in Mathematics: Its Impact, Diversity and Potential for Educational Improvement. Singapore: World Scientific Publishing, 2-7.
Chokshi, S., & Fernandez, C. (2004). Challenges to importing Japanese lesson study: Concerns, misconceptions, and nuances. Phi Delta Kappan, 85(7), 520-525.
Fernandez, C., & Yoshida, M. (2004). Lesson Study: A Japanese Approach to Improving Mathematics Teaching and Learning. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
Isoda, M. (2007). A Brief History of Mathematics Lesson Study in Japan. In M. Isoda, M. Stephens, Y. Ohara & T. Miyakawa (Eds.), Japanese Lesson Study in Mathematics: Its Impact, Diversity and Potential for Educational Improvement. Singapore: World Scientific Publishing, 8-15.
Lewis, C. (2002). Does Lesson Study have a future in the United States. Nagoya Journal of Education and Human Development, (1), 1-23.
Lewis, C. (2005). How Do Teachers Learn During Lesson Study? In P. Wang-Iverson & M. Yoshida (Eds.), Building Our Understanding of Lesson Study. Philadelphia: Research for Better Schools, 77-84.
Shimahara, N.K. (1998). The Japanese model of professional development: Teaching as craft. Teaching & Teacher Education, 14(5), 451-462.
Stigler, J.W., & Hiebert, J. (1999). The Teaching Gap: Best Ideas from the World’s Teachers for Improving Education in the Classroom. NewYork: The Free Press.


KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`
KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

1.0  Topik : LEARNING WALK
2.0  OBJEKTIF:
Pada akhir sesi peserta dapat :

1.    memahami konsep PLC menerusi ‘Learning Walks’
2.    merancang untuk melaksanakan ‘Learning Walks’ di sekolah

3.0  Kandungan kursus dan kaedah penyampaian

1.    Pengenalan kepada konsep ‘Learning Walks’
1.1  Mini Lecture
1.2  Soal-Jawab dan Perbincangan
2.    Kaedah penggunaan ‘Learning Walks Tool Kit’
2.1  Kaedah TunjukCara
2.2  Aktiviti Hands-on
3.    Perancangan bagi pelaksanaan ‘Learning Walks’ di sekolah
3.1 Penyediaan Pelan Tindakan / Carta Gantt
4.    Refleksi
4.1  Borang Soal-selidik
5.    Perbincangan


4.0  Rujukan

knoxnetwork.wikispaces.com/file/view/Learning+Walks.pdf
tsssa.server288.com/wp.../McCuneLearningWalksPresentation11.ppt







KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`
KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

1.0  Topik : Sharing Sssion
2.0  OBJEKTIF:
Pada akhir sesi peserta dapat :

1. Menyatakan pelbagai  strategi-strategi perkongsian guru
2. Menyatakan faedah-faedah perkongsian guru

Tempoh
Kandungan Pengajaran
Aktiviti P & P
Bahan Pengajaran

30 min
·      Konsep sharing sessions

Pillow Talk
·      Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (5 orang per kumpulan)
·      Sebiji bantal akan diletak di tengah dan peserta diminta mengambil bantal tersebut apabila telah bersedia berkongsi pengalaman dengan ahli kumpulan satu pengalaman mereka sebagai seorang guru.

Refleksi sesi Pillow Talk
·      Fasilitator merumuskan aktiviti dengan mengaitan konsep sharing sessions (perkongsian guru) dalam sesi refleksi slot Pillow Talk
·      Fasilitator memperjelaskan Konsep sharing session

Bantal
Kertas Simulasi (Tool Kit: SS1)
Anda diminta berkongsi  SATU pengalaman sebagai seorang guru dengan ahli kumpulan anda.(5 min/seorang)

25 min
·      Jenis-jenis strategi sharing sessions yang digunakan guru di sekolah

Reflect and Jot-it-down
·      Fasilitator menerangkan jenis strategi sharing sessions yang boleh dilaksanakan oleh guru di sekolah bagi tujuan peningkatan profesionalisme keguruan diri peserta
·      Fasilitator meminta peserta mencatat aspek yang menarik dari slot pillow talk dalam journal entry masing-masing
Kertas A4
Buku Catatan peserta

Tempoh
Kandungan Pengajaran
Aktiviti P & P
Bahan Pengajaran

25 min
·      Jenis-jenis strategi sharing sessions yang digunakan guru di sekolah

Gallery Walk
·      Peserta diminta berbincang jenis startegi sharing sessions yang boleh dilakukan di tempat mereka bertugas
·      Peserta menghasilkan nota/catatan bagi tujuan gallery walk dalam kertas mah-jong
·      Peserta akan memilih seorang peserta dari kumpulan maisng-masing bagi tujuan penerangan semasa slot gallery walk dilaksanakan .

Refleksi sesi Gallery Walk
·      Fasilitator berbincang secara terbuka hasil dari sesi gallery walk yang dijalaknkan di sekolah.

Kertas Mahjong
Pen Marker
20 min
·      Konsep sharing session yang boleh dilakukan oleh guru
·      Jenis-jenis sharing sessions sebagai amalan guru

Mini Lecturette

·      Fasilitator menayangkan clip video Montview dan meminta peserat mencatat aspek sharing session yang terdapat di dalam klip video tersebut.
·      Fasilitator menerangkan konsep sharing session (perkongsian guru) menggunakan Power-Point
·      Perkongsian guru juga akan dilakukan bagi merealisasikan konsep ini kepada peserta




Powerpoint Presentation (Tool Kit SS2)
Video ( Montview Elementary School)
Video Notes (Tool Kit: SS3)





20 min
·      Faedah-faedah perkongsian guru
·      Rumusan konsep perkongsian guru
Penggulungan Sesi
Refleksi





KURSUS `TRANFORMATION LEAD TO CHNGE`
KETUA PANITIA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

1.0  Topik : COACHING AND MENTORING
2.0  OBJEKTIF:
Pada akhir sesi peserta dapat :

1.    memahami konsep PLC menerusi ‘Coaching dan Mentoring’

3.0  Kandungan kursus

1.    Pengenalan kepada konsep ‘Coaching and Mentoring’
1.1  Mini Lecture
1.2  Soal-Jawab dan Perbincangan
2.    Perbincangan dan perkongsian berkaitan peranan coach dan mentor melalui Case Study: Ms Nancy.
3.    Penutup
3.1  Apa yang tidak patut dibuat seorang mentor( Video: What not to do in mentoring).

4.0  Rujukan

  1. Praxis Paper 14: Mentoring and Coaching Copy-editedAS.doc in

  1. P.Lord, M.Atkinson & H. Mitchell (2008) Mentoring and Coaching for Professionals. National Foundation for Educational Research. Northern Office  in

  1. New Teacher Induction Program(2006) Ministry of Education, Ontarion,in http://www.edu.gov.on.ca/eng/teacher/mentorTraining.pdf


1 comment: