Monday 22 October 2012

Video merentas laut

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Gambar dan rakaman video ini dipaparkan supaya dapat semua berkongsi mengenai kehidupan di Pulau Pemanggil. Adakalanya laut dalam keadaan teduh dan adakalanya angin kencang. Bot pula terpulang, sebab hidup kita diperantauan ini biasanya menumpang, kalau terdesak sekali sekala kenalah sewa bot. Saiz bot pula, jangan cerita lah dari bot kecil hingga ke bot pukat besar. Perjalanan dari jeti Mersing mengambil masa 4 jam lebih bergantung pada keadaan cuaca. Jaraknya pula adalah 65 KM dari Jeti Mersing ke Pulau Pemanggil. Inilah serba sedikit mengenainya, kalau ada yang berhajat datang bercuti di sini silakan.Kedatangan anda amat dialu- alukan, keunikan air kelapa segar dari ladang juga dapat disajikan.

Saturday 13 October 2012

Contoh RPH Bahasa Malaysia Tahun 1

 Tarikh/ Hari:   12/10/ 2012  Jumaat                                                            
 Masa  :    9.00 – 11.00                                 
 Kelas      :1 Amanah                                                                    
 Bil. Pelajar :   25 Orang                                                                 
 M/ Pel           :   Bahasa Malaysia                                                                           
Tajuk        :    Cerita Huda      

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:-
1-    Mengajuk bunyi- bunyi yang didengar
2-    Murid- murid dapat menentukan arah bunyi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari mengajuk bunyi- bunyi yang didengar.
Konsep : menyatakan perasaan pelajar.
Bahan :Komputer, LCD, alat muzik, lembaran kerja, borang pentaksiran.
Nilai : Berdikari.
Kemahiran :KBT : Menghubungkait.
Langkah
/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
Senikata lagu  Bunyi haiwan
Guru memaparkan senikata lagu Bunyi haiwan
Murid menyanyikan lagu bunyi haiwan dengan bantuan guru
Murid-murid boleh mengecam dan mengajuk bunyi haiwan

Perkembangan
1.    Mengajuk bunyi benda







2.    Menentukan arah  bunyi.




3.    Lembaran kerja
Guru membunyikan benda seperti ketuk pintu, jam loceng, tiupan wisel kucing mengiau dan bunyi burung

Guru menutup mata pelajar kemudian membunyikan alat muzik

Guru mengedarkan lembaran kerja

Murid mengajuk bunyi yang dibuat oleh guru.






Murid- murid   bergerak dengan menentukan arah bunyi.

Murid diminta menandakan perlakuan pada gambar dengan mengikut arahan yang betul.
Murid-murid boleh membezakan antara bunyi benda dan haiwan.


Murid- murid  dapat bergerak dengan menentukan arah bunyi.

Instrumen pentaksiran standard prestasi Bahasa Malaysia Tahun 1
( B1 DL1 E1 )
Penutup
Senikata lagu bunyi haiwan
Guru menyanyikan bersama- sama lagu bunyi haiwan
Murid menyanyikan bersama- sama lagu bunyi haiwan
Aktiviti yang dijalankan secara didik hibur.
Refleksi : 23 orang murid daripada 25 orang muri dapat mengajuk dan
menentukan arah bunyi dengan tepat manakala 2 orang murid lagi
tidak dapat menentukan bunyi arah dengan tepat.