Thursday, 11 October 2012

Hari Inovasi LINUS

Hari inovasi LINUS telah diadakan pada 8 hb Oktober sehingga 9 hb Oktober 2012 di Dewan Al- Azhar Pejabat Pendidikan Daerah Mersing. Ramai guru dijemput hadir ke  bilik pameran dan tidak lupa juga guru yang menjadi peserta bagi pertandingan membina " Big Book " BECARA bagi NUMERASI  Kontruk 1 hingga 12 dan BECAKU LITERASI kontruk 1 hingga 12.

Pemarkahan diberi mengikut kreativiti guru- guru dan juga persembahan bagi " Big Book " BECARA dan BECAKU.


Tahniah juga kepada pegawai LINUS yang bertungkus lumus menyiapkan satu model " Big Book " . Contoh inilah yang menjadi kepada " Kepimpinan Membawa  Teladan ".

Tuesday, 9 October 2012

Contoh Instrumen Penaksiran standard prestasi BM KSSR tahun 1 ( band 1 )



B1 DL1 E1



INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Nama : _________________________                               Tarikh :_________
Kelas : 1 ___________
ARAHAN :         1.  Guru perdengarkan beberapa bunyi.
                   2.  Murid mengajuk bunyi yang didengar.
Bil
Bunyi yang diperdengarkan
Tandakan (√) jika murid mengajuk dengan betul.
1.
Mengetuk pintu

2.
Jam loceng berdering

3.
tiupan wisel

4.
Kucing mengiau

5.
Burung berkicau


PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI PENTAKSIRAN
·         Guru perdengarkan beberapa bunyi yang dihasilkan daripada rakaman atau  yang diajuk oleh guru.
·         Guru bimbing murid mengajuk bunyi tersebut,kemudian barulah mula mentaksir keupayaan murid.
·         Guru boleh juga menggunakan satu senarai semak sahaja
·         Tandakan √ sekiranya murid menguasai pada petak di atas.


Friday, 5 October 2012

Kursus KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 3 ( 3 - 6hb Oktober 2012 )

Pengisian KSSR Pendidikan Jasmani telah dilangsungkan di PKG Mersing melibatkan guru- guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 pada tahun hadapan. Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Jurulatih Utama dari negeri lain juga turut terlibat bagi menjayakan kursus ini. Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga diterapkan bagi mata pelajaran ini khususnya bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.








Bagi rakan- rakan yang ingin mendapatkan makumat mengenai Dokumen Standard Pendidikan Jasmani tahun 3 bolehlah klik disini.

Saturday, 29 September 2012

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

   Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan
Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni
dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan
murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke-21.


   Huraian Sukatan Pelajaran ini menjelaskan hasil pembelajaran
yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri.
Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut
tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid.



Bagi guru- guru yang ingin mendapatkan huraian sukatan pelajaran bagi mata pelajaran boleh dirujuk disini

Wednesday, 26 September 2012

Lawatan PPD Mersing dan Unit ICT 2012




Lawatan PPD Mersing dan Unit ICT Pejabat Pelajaran Daerah Mersing banyak membantu serba sedikit mengenai urusan pentadbiran dan juga ICT di sekolah. Kekurangan yang terdapat di SK. Pulau Pemanggil dapat dibaik pulih dan segala urusan menjadi mudah. Terima kasih diucapkan kepada PPD Mersing dan rombongannya.

Tuesday, 25 September 2012

Big Book ( LINUS TAHUN 1 )

Penghasilan ' Big Book" anjuran pertandingan Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan melibatkan semua guru LINUS tahun 1 mendapat sambutan yang menggalakkan. Penghasilan 'Big Book " yang melibatkan 12 Kontruk pada setiap bahagian melibatkan penggunaan ICT sebagai salah satu sumber rujukan dan dapatan maklumat. Semoga maklumat yang diberikan dapat dikongsi bersama bagi mempertingkatkan hasil pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.

Monday, 24 September 2012

Teknologi maklumat

Sistem pendidikan Malaysia pada masa kini mengalami proses perubahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan bagi menarik minat pelajar dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon bimbit seringkali dikaitkan dengan istilah teknologi.

Menurut Finn, ( 1960 ) teknologi adalah suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji . Teknologi pendidikan adalah kombinasi antara proses dan alatan yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang berkaitan.(Robler 2003 ).