Saturday 29 September 2012

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

   Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan
Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni
dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan
murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke-21.


   Huraian Sukatan Pelajaran ini menjelaskan hasil pembelajaran
yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri.
Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut
tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid.



Bagi guru- guru yang ingin mendapatkan huraian sukatan pelajaran bagi mata pelajaran boleh dirujuk disini

Wednesday 26 September 2012

Lawatan PPD Mersing dan Unit ICT 2012




Lawatan PPD Mersing dan Unit ICT Pejabat Pelajaran Daerah Mersing banyak membantu serba sedikit mengenai urusan pentadbiran dan juga ICT di sekolah. Kekurangan yang terdapat di SK. Pulau Pemanggil dapat dibaik pulih dan segala urusan menjadi mudah. Terima kasih diucapkan kepada PPD Mersing dan rombongannya.

Tuesday 25 September 2012

Big Book ( LINUS TAHUN 1 )

Penghasilan ' Big Book" anjuran pertandingan Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan melibatkan semua guru LINUS tahun 1 mendapat sambutan yang menggalakkan. Penghasilan 'Big Book " yang melibatkan 12 Kontruk pada setiap bahagian melibatkan penggunaan ICT sebagai salah satu sumber rujukan dan dapatan maklumat. Semoga maklumat yang diberikan dapat dikongsi bersama bagi mempertingkatkan hasil pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.

Monday 24 September 2012

Teknologi maklumat

Sistem pendidikan Malaysia pada masa kini mengalami proses perubahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan bagi menarik minat pelajar dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon bimbit seringkali dikaitkan dengan istilah teknologi.

Menurut Finn, ( 1960 ) teknologi adalah suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji . Teknologi pendidikan adalah kombinasi antara proses dan alatan yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini iaitu komputer dan teknologi yang berkaitan.(Robler 2003 ).